hari tu mak aku beli langsir
sebelum aku cuti akhir sem lagi
dan aku janji
nanti biar aku yang potong
time cuti
bab potong langsir ni
mak aku masih ikut cakap orang tua
dulu-dulu
boleh potong hari tertentu sahaja
untuk dapat keberkatan
sama macam potong kuku jugaklah
senang kata ikut hari dalam islam
macam hari jumaat
dipanggil penghulu hari
aku sampai sekarang pun
kalau potong kuku
hari jumaat
dapat keberkatan
insyaAllah
jadi mak aku dan aku pun tunggu hari jumaat
nak potong langsir tu
hari lain pun bagus jugak
tapi ada certain yang kurang elok
contoh macam hari isnin
keluar sihat masuk sakit
dalam badan
tapi setahu aku itu untuk potong kuku
untuk potong langsir ke baju ni
aku tak tahu sebenarnya
hehe
nenek aku dulu ajar macam tu kat mak aku
mak aku pulak ajar macam tu kat aku
aku ikut je
cakap orang tua
betul ada hikmahnya mana tahu
alhamdulillah
^_^
mula-mula potong untuk tingkap
selembar-selembar
senang
tak payah fikir sangat
lepas tu buat anak dia
yang ni agak rumit
sebab kena buat design setiap satu
untuk tingkap yang berbeza panjangnya
lagi-lagi untuk pintu gerbang
kena buat design besar punya
siap potong akhirnya
langsir berserta anakya
yang berwarna coklat itu
sebanyak 60 meter
mak aku kata anak langsir tu kena ada lapisan
jadi aku dan mak aku
berkerjasama semula
potong kain untuk dibuat lapisan pulak
lapisan tu berwarna cream
dan hari ni aku mula jahit lapisan dulu
sebab dia agak rumit
aku pun dah nak habis cuti
biarlah aku buat bahagian yang susah sikit
nanti bila aku dah balik terengganu
mak aku boleh sambung buat
kerja yang lain
relax
tenang
cool
bukan nak digunakan segera langsir tu
langsir untuk raya
tapi saja buat awal
^_^
raya bulan lapan
sekarang baru bulan dua
aku berkira-kira
dengan senang hatinya
hihi
kalau mak belum siap buat
nanti kalau adik ada cuti
adik balik boleh tolong sambung buat
mak jangan risau okay
oh
have a nice day!
^_^
No comments:
Post a Comment