Blogger Templates

Saturday, September 22, 2012

ajk makanan

hoho
minggu lepas kelab aku biosis ada buat majlis jamuan hari raya dan tautan kasih biosis
jamuan hari raya tu dibuat hari ahad
tautan kasih biosis pulak pada keesokan harinya
hari isnin

jamuan hari raya tu kira program pertama kelab biosis untuk semester ni
melibatkan semua pelajar tahun satu, dua dan tiga 
jabatan sains biologi

yang tautan kasih biosis tu pun melibatkan semua
tapi dia lebih kepada orientasi kos bagi pelajar tahun satu yang baru masuk
kalau semua ikut join
adalah anggaran dalam lima ratus orang

dan pelajar tahun dua telah diamanahkan untuk jadi ajk
semua sekali terlibat
tiada pengecualiaan

aku sebelum cuti lagi dah bagi nama untuk jadi ajk makanan
sebab tak tahu nak jadi ajk apa
haha

tapi seronok kot
walaupun penat

hari ahad tu makanan kitorang dah tempah kat katering
jadi tinggal jaga bufet je
kerja aku bantulah abang-abang katering tu sikit-sikit
tuang air dalam cawan plastik
senduk nasi ayam kat pinggan bebudak tu
senduk selaju yang boleh
laju
laju
laju
sebab tak nak bagi dorang beratur lama-lama
=P

kawan aku yang lain ada yang tolong sendukkan ayam
bagi sate
tuangkan sambal sate

hari isnin nya pulak yang kitorang kena kerja lebih sikit
sebab kena sediakan sarapan sendiri
tapi senang je
sebab kitorang cuma bagi biskut marie kat dorang
kejam tak
kekeke

cuma air tu buatlah sama-sama
kitorang buat air teh o panas
kira sibuk jugaklah sebab kena rebus air pakai heater
banyak heater telah digunakan
sampai ada extension yang terlalu panas
dan tak boleh digunakan buat sementara
hohoho

kalau untuk makan tengahari
kitorang order nasi goreng
tapi air dia kitorang buat pelbagai
ada air aggur
air laici
dan air teh o ais
lepas tu bungkus dalam plastik
selitkan straw
selesai
^__^

air tu air masak jugak
yang aku dengan kawan aku telah bertungkus lumus jerang
tak kira pagi petang malam
untuk cukupkan anggarannya dalam 75 liter

kira senanglah jugak
sebab kitorang dah bagi tugas
ada yang kene jerang air
ada yang kena buat air gula

alhamdulillah

kedua-dua program tu dah berlangsung dengan jayanya
not forget to mention kegigihan ajk ajk lain
kawan-kawan aku
yang turut bertungkus lumus
 sebelum
 semasa
 dan selepas program tersebut

hidup biosis terchenta!
^___^




birthday

video ni tak lawa mana, tapi aku buat special untuk kawan aku yang bernama azwa.. ^___^


Saturday, September 15, 2012

sempurna

sempurna
 kesempurnaan

hebat
 kehebatan

sempurna itu hebat
kesempurnaan itu kehebatan

ramai yang nak kesempurnaan untuk tampil hebat

kalau aku
aku tak nak kesempurnaan
semata-mata untuk jadi hebat

aku lebih prefer yang sederhana
aku idamkan kesederhanaan
dalam apa-apa jua yang aku buat

sebab aku takut
kalau aku demand nak kan kesempurnaan
bila aku tahu aku tak dapat capai kesempurnaan itu
aku akan kesal dan salahkan diri sendiri
salahkan orang lain juga
salahkan situasi juga
lebih parah kalau aku salahkan Dia

takut
aku tak nak
lalu tak mahu kesempurnaan
aku mahu kesederhanaan

mungkin kau akan kata
tak salah nak kan kesempurnaan walaupun kadang kita memang tak mampu untuk capai
sebab bila kita ada impian untuk menjadi atau membuat sesuatu yang sempurna
secara tak langsung kita akan cuba buat yang terbaik dalam sesuatu benda tu

betul la tu

tapi bagi aku kesederhaan sudah cukup
bukan bermakna kau tak berusaha untuk melakukan yang terbaik
tetapi kau melakukan sesuatu yang terbaik dalam kesederhanaan

kau faham tak?

macam mana ea nak cakap

sebagai contoh kan kau masuk lumba lari
kau tetap berlatih untuk jadi yang terbaik
tapi kau bersedia juga untuk menerima kekalahan 
di situ bagi aku datangnya kesederhanaan

kalau kau hebat sangat kan
kau akan pandang rendah kat orang lain
mulalah apa yang orang lain tu buat tak betul

itu salah
ini salah

salah
salah
salah

kau anggap orang lain tak boleh nak buat sesuatu sebaik yang kau buat
yang kau lakukan
lepas tu kan
kau cuba memberontak
kau buat muka ketat
tak puas hatilah konon
hodoh tau tak
haha

 aku tahu
kau masih belajar mengimbang kan?

mana yang terlebih kau cuba kurangkan
mana yang kurang kau cuba tambahkan
kau buat perlahan-lahan

tak apalah
mungkin bahagia dalam kesederhanaan itu akan datang kemudian
sebab sederhana itu indah
^__^

nah aku nak kasik puisi sikit untuk kau
aku buat sendiri ni
istimewalah kononnya untuk kau
hihi

ehem
ehem
hemm
hemm

dengar ni dengar

kalau kau rasa bahagia kau pada harta benda
aku rasa kau tak kaya mana

kalau kau rasa bahagia kau pada paras rupa
aku rasa kau lagi papa kedana

kalau kau rasa bahagia kau pada ilmu didada
entah dah tak tahu aku nak cakap apa

tapi jika kau rasa bahagia kau ada pada hidup sederhana
insyaAllah kau akan bertemu dengannya

aduh!

kau rasa aku mengata kau ke?

padan muka
haha


entah pape je puisi aku buat
standard bebudak tadika
kakaka

tapi kira okay apa
aku buat ikhlas untuk kau ni
tanda aku sayang kau
^___^