Blogger Templates

Monday, June 25, 2012

cuti cutian

horeeey!
cuti sudah tiba!

final exam dah berjaya ditempuhi
alhamdulillah

keserabutan otak sudah terlerai
otak aku serabut bukan sebab exam je
tapi sebab memacam benda
yang aku perlu uruskan sebelum balik

tapi syukur
semuanya dah selesai sekarang
lega

tiket bas akhirnya berjaya dibeli sehari sebelum balik rumah
abis je exam akhir
exam biologi verterbrata
aku ditemani seorang kawan aku terus pergi carik tiket
kalau ikut enri yang ni aku cakap nak beli kat umt holding
tapi tak ada sebab tak ada orang yang nak beli tiket balik bp kat situ
muahahaha

masa nak exam genetik aritu kan aku demam kot
kesian tak?
kesian tak?

study tapi otak rasa blank je
macam tak ada apa yang melekat
lastly aku study last minute
lebih kurang malam exam
muahahaha

hati ni rasa nak je update blog
tapi tak sempat sempat
maaflah buat korang yang tertunggu-tunggu entri baru aku
(bajet ada orang nak baca blog nie :p)

 cuti ni aku baru nak buat lesen motor dengan kereta sekali
biar senang nanti ulang alik ke kampus ke rumah sewa
abah aku dah belikan motor baru
(terima kasih sangat-sangat abah, sayang abah ketat-ketat!)

abah aku mulanya berkeras nak belikan aku kereta
kereta viva
tapi aku nak motor je
kalau nak guna kereta biarlah aku dah kerja nanti
beli kereta tu dengan hasil usaha sendiri
mesti lebih best
hehe

kau ingat tak entri aku yang ni
bab yang cakap ada aktiviti menarik yang perlu disegerakan tu
sebenarnya aku nak balut hadiah besday untuk kawan aku
 dan dia dah dapat dah beberapa hari yang lepas
kira baru bukak la sebab dia baru cuti baru balik rumah
dan dia kata dia suka yang amat

 berbaloi aku balut hadiah tu time demam demam aritu
dia cakap tu hadiah besday terbaik dia pernah dapat dalam hidup dia
bila dia suka aku pun suka gak
hehe

tentang exam aritu aku tak nak komen apa-apa
tinggal tawakal je

tentang rumah sewa
 kawan aku yang uruskan
atas beberapa sebab dan keputusan drastik yang aku buat masa nak balik bercuti aritu

papepun
semoga semuanya indah dan mudah pada masanya
may Allah bless
^___^



 

Wednesday, June 13, 2012

jeng jeng jeng

prinsip ekologi sudah lepas
tinggal tawakal

paper genetik dan paper biologi vertebrata
sila berbuat baik dengan aku

tadi malam
serta hari ni aku sangat malas untuk study
beginilah aku kalau tau ada gap banyak
gap selama empat hari
dan sudah terkorban pun sehari
 dengan kepoya-poyaanku pada arini

makin lama gap
makin nak bertangguh study nya
walau aku tau banyak yang kena dipulun
hohoho

semakin hari semakin banyak cabaran
dalam hidup aku
aku rasa
tak boleh tak
aku kena sediakan payung
kalau tak nak terus basah
(gaya berlari dalam hujan, berkaki ayam sebab selipar jamban tercabut sambil menyanyi lagu umbrella)
umbrella ella ee ee ee ee eeh!

 okay
aku nak cau dulu
ada aktiviti menarik yang perlu disegerakan

jeng jeng jeng
(secret)

harap dia akan suka
^__^



Sunday, June 10, 2012

gerakatas

menuntut ilmu fardhu kifayah

ada selang masa dua hari saja
arini dan esok
untuk aku menghadamnya

isnin sudah exam semula
kertas prinsip ekologi

semalam aku sudah jawab paper mikrobiologi
dan agak sedih sebab aku tersilap jawab bahagian struktur
dan bahagian tu 20 markah okay
tak tahulah aku kan betul berapa

owh
usah dikenang
usah dikenang
biarkan ianya berlalu
tsk.tsk.tsk

aku bertawakal
dan  nak ucap alhamdulillah

ini bermakna dua paper sudah berlalu
tinggal tiga paper sahaja lagi

dan kalau kau masih ingat entri aku yang ini
permohonan bagi mereka yang memohon asrama dah keluar
dan permohonan aku tak diluluskan

owh
tak apalah
tak apalah
bukan rezeki nak dapat
tsk.tsk.tsk

dan dalam entri tu jugak ada aku nyatakan untuk membeli tiket sohor 
untuk aku balik kampung kan
tapi kali ni sohor tak sediakan bas
tapi bas umt holding ada
tapi tarikh dia 21hb
aku abis exam 19hb

owh
okay la tu
okay la tu
asalkan dapat balik
tsk.tsk..tsk

bajet sedih pulak aku ni
padahal tak adalah sedih sangat
hehe

banyak lagi nikmat yang perlu disyukuri
yang aku tak pernah-pernah cukup pun untuk mensyukurinya

esok aku nak sambung menuntut ilmu fardhu kifayah
aku harap dapat buat yang terbaik untuk paper-paper seterusnya

kau doakan aku ea

terima kasih
untuk semuanya
^__^


Saturday, June 2, 2012

chenta

selamat pagi chenta

ooyeah!

aku belum tidur lagi
sekarang sudah jam 6.45 pagi

mata tak mengantuk sesudah terlelap baca nota kenegaraan
lebih kurang pada pukul 10.30 malam tadi
dan terjaga semula pada pukul 1.30 pagi

sesudah sambung pembacaan sampai pukul 3.00 pagi 
(wah ayat,sambung pembacaan tu)
layan lagu
terus tunggu subuh

aku nak wish something dipagi yang indah ini
dinegara yang bahagia (terpengaruh dengan kenegaraan ni)
hoho

nak wish

happy birthday icam!
yang ke-3 tahun
^___^

icam
anak sedara lelaki aku yang sulung
aku baru ada dua orang anak sedara
seorang lagi perempuan

harini hari lahir icam
 aku sayang icam
banyak-banyak
bukan sahaja dia pandai
tapi dia jugak sangat comel macam mak cu dia 
(opss, lari topik sebentar harap jangan terpedaya)
hehe

rindulah aku kat dia
masa last jumpa hari tu dia ada ajar aku cara macam mana nak masukkan huruf-huruf abc
alah yang huruf-huruf kat papan getah yang boleh masuk dan keluar tu
aku saja letak kalau tak silap huruf A kat tempat huruf O
dan dia betulkan
dia kata bukan kat sinilah akak (dia panggil aku akak, papelah icam)
dan dia masukkan huruf A yang aku pegang tadi kat tempat huruf A
lepas tu dia cakap pandai icam
sambil letak dan tepuk-tepuk tangan dia kat bahu sendiri
hahaha

semoga icam murah rezeki
jadi anak yang soleh
permata berlian mutiara
kami semua

potong kek jangan lupa mak cu
^___^