Blogger Templates

Friday, January 31, 2014

semelime

assalamualaikum

jawab salam dulu
^__^

dah dekat lapan bulan aku tak tulis apa-apa kan kat blog ni

Alhamdulillah
aku dah berjaya menempuhi semester 5 (semelime) 
yang aku rasakan bahangnya belum sepenuhnya reda
ceeehh

mana taknya
semester 5 tulah aku mula kena ambil subjek PITA
(Projek Ilmiah Tahun Akhir)
dengan 6 subjek yang lain
kira aku ambil 4 subjek wajib
dan 3 subjek elektif

hujung minggu susah nak duduk diam kat dalam bilik
kena keluar punya
pergi sampling
pergi lab
pergi sampling
pergi lab
tula kerjanya

kalau tak sampling untuk diri sendiri
pergi tolong kawan sampling
kadang pagi
kadang petang
kadang malam

begitulah

sebab tu aku cakap 
kebahangan semester 5 ni aku masih rasa 
walaupun dah berakhir


apa-apa pun syukur
masih diberi kesihatan 
diri masih boleh berfungsi
untuk meneruskan
sikit-sikit
berdikit orang kata

cuti semester pun otak tak berhenti fikir 
untuk progress (perkembangan PITA) pulak
cuti tu cuti la
tapi jiwa tak tenang sangat ooo

tak tenang tak tenang pun
aku masih leka main tu main ni
typical
haha

aku harap yang terbaik la untuk semester 5
usaha dah
doa dah
tawakal dah
tunggu keputusan sahaja tinggal
apa-apa nanti redha
dan bersyukur jela
^__^

untuk semester 6 
akan ku cuba lagi untuk mengerah keringat
final attempt
ceehh

lepas tu habis
pergi praktikal 3 bulan
konvo
insyaAllah

semoga Allah mempermudah segalanya
untuk aku
untuk kau jugak

all the best!
^___^