Blogger Templates

Tuesday, February 28, 2012

happy family

heya heya
happy family

sepatutnya hari ni aku ada kelas public speaking
kena prepare untuk short speech
sebab lecturer akan pilih lucky person dalam dua orang
setiap kali kelas nak habis
untuk bagi short speech kat depan

kau tau
aku paling cuak bab-bab kena bercakap kat depan ni
sebab tu sem ni aku cabut dari kelab debat kot

walaupun aku sayang kelab tu kot
sebab kan kau akan rasa macam masuk satu family yang besar lagi happy bila berada bersama dia orang

tapi
aku nak buat macam mana
dah lama sangat tak turun practice
mesti dah berterabur skill aku bila kena bercakap nanti
sebagai langkah awal aku cabut dulu
haha

okay
kembali  pada hal ehwal public speaking ni
aku tak tahu nak ambil tajuk apa
dan dengan wifi yang sangat mengujakan
ya megujakan yang teramat
seperti siput sedut yang telah kehilangan kakinya itu
aku pun hanya sempat buka satu browser

randomly terlintas kat kepala hotak nak taip pasal family
then jumpalah satu artikel ni
'happy family'

family oh family

tiba-tiba aku rindu kat semua family aku
dekat yang dah tak ada jugak
dekat yang jauh jugak

semua

alhamdulillah
sampai umur aku jejak angka 20 ni aku masih lagi ada mak bapak

aku rasa ni antara nikmat terbesar dalam hidup aku

yela
bila tengok ada orang lain yang masih kecil pun dah tak ada mak bapak
family apa semua
ada pulak tu yang tak pernah langsung jumpa dia orang
tinggal hanya dengan kawan-kawan
dengan orang lain yang dianggap mak bapak

erm..
itu semua buat aku terfikir

kau terfikir benda yang sama macam aku tak?

yang aku rasa kasih yang dia orang dapat tak sama dengan kasih sayang mak bapak kandung
tak sama kasihnya dengan yang sedarah sedaging
itu cuma yang aku terfikir la

sebab tu kan
aku rasa macam sikit sangat aku bersyukur dan hargai dia orang
budi aku kat dia orang macam semut mungkin
ke kecil lagi?

dia orang masih kat depan mata aku lagi
bernafas bernyawa
tapi aku rasa aku tak berjaya pun buat sesuatu yang betul-betul tunjuk menunjuk tertunjuk
tunjuk yang aku sayang sangat kat dia orang

kau nak tunggu dia orang dah tak ada ke
baru nak menyesal tak jaga tak sayang dia orang betul-betul?

gulp!

dia orang suruh kau belajar
untuk masa depan kau jugak
tapi amanah tu kau buat main-main
kan?

dia orang suruh kau jaga kesihatan jaga makan minum
biar kau sihat tak sakit
tapi pernah kau betul-betul ikut nasihat tu
kan?

kau tahu dia orang dah banyak gila berkorban untuk kau
dia orang tatang kau bagai minyak yang penuh
nak selalu tengok kau happy
nak selalu tengok kau sihat
nak selalu tengok kau berjaya
nak selalu tengok kau jadi orang berguna
nak selalu
selalu
selalu
selalu

tapi itulah kau
susah nak menghargai
susah nak mengenal
susah nak membalas

jadi
sebelum terlambat
apa kata kau cuba sekarang juga
^__^

Sunday, February 26, 2012

sijil harta rupa

yeahhhh!
dah habis akhirnya aku baca novel tunas
yang aku target nak habiskan hari ni jugak dalam entri yang ini

emang bener (memang benar)
seronok baca

antara dialog dalam novel tu yang aku terkesan
'orang keliling memang tengok sijil, harta dengan rupa sebelum nilai benda lain,ey?

aku pun terfikir
memang orang lebih pandang semua tu kot sebagai first impression
tak ramai yang nak betul-betul nilai dengan mata hati
mungkin aku pun
ahai!

macam rasa tak adil pulak kan
kau rasa macam mana
bila benda tu yang dijadikan sandaran utama semata

oh 
sory to say
sory to say
sory to say


bukan macam rasa tak adil
tapi memang tak adil pun
tak kenal tak apa
nak judge benda tu base on tiga benda tu je

ohoh!

mesti jugdement yang lahir tu nanti bukan datang daripada mata hati
tapi datang daripada mata nafsu semata

orang tak pandai tak ada sijil
orang tak kaya tak ada harta
orang tak cantik tak ada rupa
kau akan tak pandang

tapi mana tahu yang bodoh tu yang tolong kau masa kau susah nanti
orang yang miskin tu yang bersama kau masa kau derita nanti
orang yang hodoh yang tak jemu bagi kau semangat untuk hayun langkah setapak lagi

bila kau susah
bila kau derita
bila kau hilang semangat
dia orang yang setia?

pandangan mata hati tak pernah menipu

seriously

have a nice day!
^__^





Saturday, February 25, 2012

bernovel novelan

hari ni hari jumaat
aku dan kawan-kawan yang seangkatan cuti
kau yang kalau bukan kat universiti belah-belah timur atau utara mesti masih berkuliahkan
jangan jealous okay?

ahah!

pejam celik dah seminggu aku berjauhan daripada family
rindu aku semakin rindu
dengan orang kat johor sana
kalau sebelah pagar uni aku rumah tu
memang dah cabut tak hingatlah

sementara belum jadi buzy girl ni

buzy dengan test
buzy dengan quiz
buzy dengan lab amali
buzy dengan presentation
buzy dengan assignment
buzy dengan segala macam benda
aku habiskan masa baca novel
novel hlovate aA+bB dengan tunas
yang novel ber'equation' tu dah habis baca
on the way nak khatamkan tunas pulak

kalau bagi kau yang belum baca lagi
aku sarankan kau baca

berbaloi

banyak benda aku dapat kat dalam novel tu
pengalaman pengajaran nasihat semua ada
santai santai je dapat
jalan cerita dia seronok
watak-watak dia pun hidup

okay aku nak balik sambung baca lagi
esok boleh habis kot

have a nice day!
^__^


Wednesday, February 22, 2012

gila berat nanang

aku nak tanya kau sikit
pernah tak kau rasa kau ada masalah
gila berat nanang
sampai mood kau swing habis
rasa nak tamatkan riwayat terjun sungai lui pun ada?

tapi lepas tu
kau cuba jugak usaha
kau tetap sabar
tak semena-mena
masalah kau setinggi awan nano tu selesai

ahah!

aku nak tanya lagi ni
pernah tak kau rasa tak ada orang pun yang nak hargai kau
yang nak tengok kau nilai kau dengan mata hati
tengok tak banyak sikit dengan kelebihan yang kau ada pun tak
kau rasa tersisih dan sedih tak tahu nak mengadu kat siapa?

tapi tak lama lepas tu kan
kau rasa ramai gila orang yang masih sayang kat kau
yang tak kisah luangkan masa nak dengar apa pun luahan hati kau
baru kau ingat yang kau lupa adanya mereka
yang ikhlas lagi sayang kat kau
^__^

kan kan?

kau pun fikir
wah, ajaibnya
kenapa Allah pemurah sangat ni?
selalu je sweet kat aku!

kan kan?
eleleh
 kau mengaku je la dengan aku
 kau pernah rasa kan?

ya
ya
ya
 aku tahu
aku kan ada aura
 hehehe

okay dah habis tanya
(banyak betul tanda soal aku)


sekian dahulu
have a nice day!
^__^

Saturday, February 18, 2012

kembali semula

pagi ni aku dah ada semula kat umt
teruskan sem 2
buat kau yang masih belum tahu
aku ambil bidang sains tulen
pemuliharaan dan pengurusan biodiversiti
(panjang kan nama dia)

esok baru start kuliah
daftar subjek secara rasmi semua

aku harap sem 2 aku semakin rajinlah
rajin study!
dengan wifi dah ada kat bilik ni
laju pulak beb!
jangan aku cuma rajin online sudah
hehe

kau doakan aku jugak eh
hoho

marilah amin kan doa aku

Ya Allah, aku memohon akan segala kebaikan  yang ada di dalam semester dua ini dan aku berlindung kepadaMu akan segala keburukan yang ada di dalamnya.

aminnnnn

oh, have a nice day!
^_^

Thursday, February 16, 2012

naked

penantian ini berakhir juga
 alhamdulillah

result sem 1 aku dah keluar

aku dapat keputusan yang sweet!
naked (terbalikkan)-bukan mencarut ya :P
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

aku bersyukur sangat
berkat doa family aku
kawan-kawan aku
dan kau juga
kan?

walaupun tak rata
pointer pun tak begitu high
bagi aku ini satu permulaan yang baik

puas yang amat tu memang tak berapa bhai
aku manusia biasa
manusia biasa macam aku ni kalau kau nak tahu
mana celah nak puas
(manusia biasa memang tak pernah nak puas dengan sesungguhnya kalau kau nak tahu)

insyaAllah
 kurang puas aku nak jadikan momentum
 buat yang lebih baik
sem depan

apa apa pun

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah





Wednesday, February 15, 2012

jahit langsir

hari tu mak aku beli langsir
sebelum aku cuti akhir sem lagi
dan aku janji
nanti biar aku yang potong
time cuti

bab potong langsir ni
mak aku masih ikut cakap orang tua
dulu-dulu
boleh potong hari tertentu sahaja
untuk dapat keberkatan
sama macam potong kuku jugaklah

senang kata ikut hari dalam islam
macam hari jumaat
dipanggil penghulu hari

aku sampai sekarang pun
kalau potong kuku
hari jumaat
dapat keberkatan
insyaAllah

jadi mak aku dan aku pun tunggu hari jumaat
nak potong langsir tu

hari lain pun bagus jugak
tapi ada certain yang kurang elok
contoh macam hari isnin
keluar sihat masuk sakit
dalam badan

tapi setahu aku itu untuk potong kuku
untuk potong langsir ke baju ni
aku tak tahu sebenarnya
hehe

nenek aku dulu ajar macam tu kat mak aku
mak aku pulak ajar macam tu kat aku
 aku ikut je
cakap orang tua
betul ada hikmahnya mana tahu
alhamdulillah
^_^

mula-mula potong untuk tingkap
selembar-selembar
senang
tak payah fikir sangat

lepas tu buat anak dia
yang ni agak rumit
sebab kena buat design setiap satu
untuk tingkap yang berbeza panjangnya
lagi-lagi untuk pintu gerbang
kena buat design besar punya

siap potong akhirnya
langsir berserta anakya
yang berwarna coklat itu
sebanyak 60 meter

mak aku kata anak langsir tu kena ada lapisan
jadi aku dan mak aku
berkerjasama semula
potong kain untuk dibuat lapisan pulak
lapisan tu berwarna cream

dan hari ni aku mula jahit lapisan dulu
sebab dia agak rumit
aku pun dah nak habis cuti
biarlah aku buat bahagian yang susah sikit
nanti bila aku dah balik terengganu
mak aku boleh sambung buat
kerja yang lain

relax
tenang
cool
bukan nak digunakan segera langsir tu
langsir untuk raya
tapi saja buat awal
 ^_^

raya bulan lapan
sekarang baru bulan dua
aku berkira-kira
dengan senang hatinya
hihi

kalau mak belum siap buat
nanti kalau adik ada cuti
adik balik boleh tolong sambung buat
mak jangan risau okay

oh
have a nice day!
^_^






Monday, February 13, 2012

penantian

penantian
result
sem. 1 in my degree
oh mula cuak

cuak cuak cuak cuak
family especially my bro
dah start tanya
dah lama tanya pun sebenarnya
berkali-kali

 result adik dah kuar?
*ayat sms

dan sampai sekarang
belum tahu juga tarikh result tu akan keluar
cuti berbaki enam hari lagi
sebelum melangkah ke sem. 2

kawan-kawan hantar mesej
bertanya akan perihalnya (ayat skema)

murni taw x ble result kuar ek?
*ayat sms

aku cakap tak tahu
dengar khabar angin
daripada fb
result keluar hari khamis ni
3 hari lagi
oh sesungguhnya kah?

suspen suspen
suspen betul

paling cuak untuk tahu 2 subject ni
actually semua
tapi cuak lebih pada subjek plant biodiversity
dan conservation biology

penyebab utama
carrymarks aku!

mula emosi ni

subjek 4 credit hrs
iaitu plant biodiversity 
carrymark
aku dapat antara yang terciput dalam batch aku  

conservation biology
aku kira carrymark aku
hancuuusss
uwaaaahhh!
tapi aku belum tahu
andaian aku berdasarkan result test
dan quiz

mudah-mudahan
aku dapat result
yang menyejukkan mata
aku dan family aku

kawan-kawan yang dah dapat
success and excellent
congrats!

kawan-kawan yang dah dapat
tapi kau rasa kurang puas
try again bebeh!

kawan-kawan yang belum dapat
termasuklah diri aku ni
semoga sabar menanti
doa dan tawakal
hope for the best!

oh penantian
aku harap kau sweet
ameen
^_^



                                                               






dalureso

assalamualaikum.
waalaikumussalam jawab kau.

kau tahu tak
dalureso tu apa?
actually itu bahasa jawa
perkataan sesuai dalam bahasa melayu
kebiasaan aku kira
in english it's called habit.

kau biasa buat perkara yang tak biasa
sehari
dua hari
tiga hari
dan seterusnya
hingga jadi biasa

tanpa sedar mungkin
eh aku dah biasalah!
kau kata.

dah biasa
susah nak tinggalkan
susah nak buang
susah nak dia jadi tak biasa balik
kan?

contoh
jap aku fikir
nak baik ke yang buruk ni

okay la
benda yang kau dapat kawal
bukan kentut tepat pada masa
tidak bersin mesti 1 jam sebelum 2 jam pukul 2
pukul 1 maksudnya

benda boleh kawal
macam kawan aku dulu
dia kata sebelum tidur
dia mesti baca buku
berbulan buat
tak baca
tak boleh tidur.

apa aku cuba nak cakap
dalureso yang baik
hasilnya baik
dalureso yang buruk
hasilnya buruk

pernah dengar
betulkan yang biasa
biasakan yang betul.

jadi?

betulkan yang biasa
biasakan yang betul.

selamat berhabitan mencuba

have a nice day!
^_^






Sunday, February 12, 2012

bau kedai

assalamualaikum.
sila jawab.

ini blog baru
bau kedai
tadi mahu cipta blog ni
phening nak letak nama apakah
akhirnya aura murni

nama blog lama
kenapa?
aku orang yang sama
hehe

tipu
sebab aku tak ada
idea lain
hihi

blog lama
mana boleh buang
err maksud aku delete
private saja
sayang bhai
kisah tulus mulus dari hati yang murni
ehem.

blog ini pun
nanti
^_^

blog ni blog personal
aku nak gaya yang lebih simple
template pun simple ok
nama dia simple template

simple
berkau aku
aku kau
sahaja

have a nice day!
^__^