Blogger Templates

Monday, October 22, 2012

palam

palam
tempat aku melanjutkan ikhtiar menuntut ilmu fardhu kifayah
selepas spm

lebih tepat lagi uitm puncak alam

panjang
malas nak sebut
jadi aku dan kengkawan reka bagi nama sendiri

palam
jadi senang nak sebut
hihi

aku ambil asasi sains selama setahun kat situ

setahun yang bagi aku cukup bermakna
ya bermakna
bermakna
bermakna
amat bermakna
bermakna
berapa banyak bermakna daaa

kalau korang nak tahu
palam ni antara cawangan terbaru uitm
dekat dengan uitm puncak perdana

tempat dia kat atas bukit
kawasan hutan hutan gitu
sejuk sangat
dan kalau musim hujan memang macam kat oversea pemandangan dia
sangat cantik

kat sinilah aku jumpa kawan-kawan yang sangat super duper ohsem
housemate yang sangat sangat baik lagi cun kebabooom!
classmate yang sangat sangat cool dan gempak!
halaqahmate yang sangat sangat ohsem ohsem ohsem!
pendek kata semuanya dah meninggalkan ingatan gula-gula termahal kat laci hati beta
hohoho

rindu sangat kat ainaa, mira, nawal, husna, awal dan anis
roomate dan housemate tersayang

rindu sangat kat tyra, kinah, era dan nad
geng sketai ( skema bajet otai) daku

rindu sangat kat disa, azma, jannah, syuhada,era, kak za dan akak akak halaqah yang lain
tempat bercerita segala benda dan berkongsi pendapat setiap minggu

rindu
rindu
rindu

tapi masa semakin jauh meninggalkan aku dengan palam
sekarang nak berjumpa susah
masing-masing dah ada haluan sendiri
tinggal pun jauh jauh
satu selatan
satu timur
satu barat
satu utara
hehe

untuk tidur tujuh orang dalam sebuah bilik yang kecil
untuk menonton movie tujuh orang dengan menggunakan 3 lappy yang dipasang serentak
untuk karoks berkoir di dalam bilik air tiga pintu itu
untuk makan sama
untuk study sama
untuk shopping sama
untuk jogging sama
untuk gosip sama
untuk saling memujuk sama
untuk saling menyelesaikan masalah sama
untuk saling menasihati sama
untuk berjemaah sama
untuk bersahur sama
untuk berbuka puasa sama
untuk terawih sama
untuk membuat tutorial atau lab report sama
untuk ke kuliah sama
untuk balik ke bilik sama dengan menaiki tangga batu cave itu
atau naik bas rapid kl bertambang seringgit

aku rindu
serindu rindunya
namun apa daya
orang tak sudi
 (eh,ternyanyi plak.hehe)

tapi aku syukur sangat
walaupun masing masing dah jauh
dorang masih ingat aku
dorang masih sayang aku
dorang masih ambil berat pasal aku
kekal macam dulu
^___^

aku berharap agar hubungan persahabatan aku yang terbina kat palam ni
akan berkekalan untuk selama-lamanya

tidak lupa pada adah
kawan aku sejak sekolah
yang menjadi tempat aku meluahkan segala masalah
cerita suka duka kat sana
yang memberi kata semangat saat semangat jatuh

 
dan kawan kawan yang satu sekolah jugak
yang menambah warna pelangi selama aku kat sana

saya sayang awak awak semua
semoga kita sama sama berjaya suatu hari nanti
dunia dan akhirat
ooyeeeahh!!
^___^


pemandangan dari bilik aku <3


tangga yang kami gelar batu cave sebab tinggi sangat







Friday, October 12, 2012

syukur

syukur
alhamdulillah
aku dapat duduk hostel balik

bila dapat tahu yang aku dapat duduk hostel balik ni
aku dengan kawan-kawan aku yang dapat jugak
bersyukur bukan main

tapi dalam masa yang sama
aku rasa malas nak pindah pun ada
malas nak kemas barang-barang balik

dan sedih jugak sebenarnya
nak tinggalkan rumah sewa aku tu
baru sebulan je duduk sana
rasa sekejap sangat

yela
sebulan sebulan pun
aku dah mula rasa sayang kot
tenang je jiwa aku kat sana
dan dah mula mesra dengan housemate
yang selalu ambil berat dan rajin bercerita tentang macam-macam

 tapi untuk keselesaan
memang selesa duduk hostel lagi
sebab rumah sewa aku tu rumah kayu
yang ada enam bilik untuk memuatkan dua belas orang

kalau siang memang panas sangat
macam duduk kat dalam sauna
tapi kalau malam memang best
 sejuk je

syukur
alhamdulillah jugak
sebab motor aku dah sampai

siang ambik moto
malamnya tu tau dapat hostel

sebelum ni aku jalan je kalau nak ke kelas
20 minit jalan sampailah ke kuliah
kalau malas jalan atau dah terlambat
naiklah van

tapi aku syukur sangat
 sebab ramai kawan-kawan aku yang baik hati
masa aku tak ada kenderaan tu kan
ramai je yang 
pelawa untuk tumpangkan aku
semoga Allah bagi dorang pahala yang besar punya!


ermm
kata orang-orang tua
biar susah-susah dulu ye dak
barulah kita akan hargai kesenangan
^___^

 




 
 

Saturday, October 6, 2012

hertz

hidup ni indah kalau kita tahu mengindahkannya

ya
kadang cabaran datang
ujian datang
dugaan hidup datang
membuatkan kita rasa kehidupan ni tak adil
perit
sakit
dan kecewa

lantas terasa tiada erti lagi manisnya hidup

kita lupa sebentar atau kita lama melupakan akan nikmat lain yang diberikan
kita pandang tiga dugaan saban ketika
lima nikmat kita sepikan
hilangnya tiga dugaan itu
lapan nikmat kita abaikan

masalah yang dicari sendiri jangan disalahkan yang lain
tapi biasanya begitulah
yang lain turut menerima tempiasnya

tahu benda tu buruk
tahu benda tu teruk
tahu benda tu hodoh
tapi tetap dilaksanakan

rintihan hati kecil disisihkan

penakut

tidak berani keluar membuat perubahan
tidak sabar membuat perhitungan
tidak jemu mengulang kesilapan

hendak jadi apa jika terus begitu?

benar
benda baik tak tentu lagi baik untuk kita
tapi benar juga benda baik itu logiknya baik untuk kita

tak salah mencuba

tak salah insaf

jika hati kecil kita bicara mahu kembali ke fitrahnya

mengapa nafsu sering memesongkan niat?

kan lebih elok
jika memberi hati kecil itu kelegaan sejak sekian lama tiada ketenteraman
masa itu bukankah hidup akan terasa lebih indah

masanya kini
bukan nanti

takut terlambat jika ditunda-tunda

fikirlah setulus hati
lalu dengarkan  rintihan hati yang paling dalam
disitu kau kan temu jawapannya

namun
namun
namun
bicara lebih mudah dari melaksana

apa pun
semoga semuanya kembali seperti sediakala

tetapi waspada
azam menggunung tetap sia-sia tanpa usaha
^___^

*