Blogger Templates

Saturday, September 22, 2012

ajk makanan

hoho
minggu lepas kelab aku biosis ada buat majlis jamuan hari raya dan tautan kasih biosis
jamuan hari raya tu dibuat hari ahad
tautan kasih biosis pulak pada keesokan harinya
hari isnin

jamuan hari raya tu kira program pertama kelab biosis untuk semester ni
melibatkan semua pelajar tahun satu, dua dan tiga 
jabatan sains biologi

yang tautan kasih biosis tu pun melibatkan semua
tapi dia lebih kepada orientasi kos bagi pelajar tahun satu yang baru masuk
kalau semua ikut join
adalah anggaran dalam lima ratus orang

dan pelajar tahun dua telah diamanahkan untuk jadi ajk
semua sekali terlibat
tiada pengecualiaan

aku sebelum cuti lagi dah bagi nama untuk jadi ajk makanan
sebab tak tahu nak jadi ajk apa
haha

tapi seronok kot
walaupun penat

hari ahad tu makanan kitorang dah tempah kat katering
jadi tinggal jaga bufet je
kerja aku bantulah abang-abang katering tu sikit-sikit
tuang air dalam cawan plastik
senduk nasi ayam kat pinggan bebudak tu
senduk selaju yang boleh
laju
laju
laju
sebab tak nak bagi dorang beratur lama-lama
=P

kawan aku yang lain ada yang tolong sendukkan ayam
bagi sate
tuangkan sambal sate

hari isnin nya pulak yang kitorang kena kerja lebih sikit
sebab kena sediakan sarapan sendiri
tapi senang je
sebab kitorang cuma bagi biskut marie kat dorang
kejam tak
kekeke

cuma air tu buatlah sama-sama
kitorang buat air teh o panas
kira sibuk jugaklah sebab kena rebus air pakai heater
banyak heater telah digunakan
sampai ada extension yang terlalu panas
dan tak boleh digunakan buat sementara
hohoho

kalau untuk makan tengahari
kitorang order nasi goreng
tapi air dia kitorang buat pelbagai
ada air aggur
air laici
dan air teh o ais
lepas tu bungkus dalam plastik
selitkan straw
selesai
^__^

air tu air masak jugak
yang aku dengan kawan aku telah bertungkus lumus jerang
tak kira pagi petang malam
untuk cukupkan anggarannya dalam 75 liter

kira senanglah jugak
sebab kitorang dah bagi tugas
ada yang kene jerang air
ada yang kena buat air gula

alhamdulillah

kedua-dua program tu dah berlangsung dengan jayanya
not forget to mention kegigihan ajk ajk lain
kawan-kawan aku
yang turut bertungkus lumus
 sebelum
 semasa
 dan selepas program tersebut

hidup biosis terchenta!
^___^




No comments: