semalam hari jumaat
aku pergi lawatan ke asrama anak yatim
kat batu rakit
darul akhyar maidam nama dia
beberapa hari sebelum tu
aku dan beberapa orang kawan
jaga kaunter untuk kumpul dana
kira sesiapa yang nak derma baju ke buku ke duit ke
atau apa-apa barang terpakai
boleh lah derma kat kaunter tu
nak derma duit pun boleh
nak beli button pun boleh
sebelum pergi tu aku dan kawan-kawan
yang bakal jadi fasilitator kat sana nanti
dimaklumkan seramai 62 orang pelajar form 1 dan form 4 akan join
tapi bila sampai sana
pelajar dari form 1 sampai form 5 pun ikut join sekali
memang meriah
^__^
^__^
sampai-sampai sana je aku jadi malu
bila tengok dorang reramai
dah duduk-duduk kat kerusi dan ada yang berdiri
untuk sambut kitorang
tapi ingat pesan kakak senior tadi malam
yang cakap sampai-sampai nanti cubalah beramah mesra dengan dorang
aku jadi beranikan diri
dan buang malu tu sikit
untuk menghampiri mereka
dengan gagahnya
ewaah
^__^
nampak aku datang tu
dorang pun terus bersalaman dengan aku
siap cium lagi tangan aku
baru ku sedar yang aku dah berusia
jika dibanding mereka
yang jauh lebih muda
yela
kalau dulu-dulu
aku yang cium tangan akak-akak fasi ni
sekarang tangan aku pulak yang kena cium
hoho
mula-mula buat sesi suai kenal dulu
lepas tu bersenam aerobik
lepas beraerobik pulak kitorang pergi pantai
cari barang terbuang
group yang paling banyak sampah menang
dan group aku telah menang
oooooo
yeeeaaah!!
^__^
slot seterusnya dipanggil impian saya
hang nak jadi apa
habak mai
habis tu ada la dua lagi program
pandora box ( yang macam kotak beracun tu)
dan yang akhir sekali setiap group kena buat persembahan
group aku buat persmbahan senaman si tommy
semangat gitew!
^__^
^__^
ada sekumpulan budak tu kan buat persembahan shuffle
hebat kot!
kebetulan pulak ada birthday sorang adik ni
kira kitorang celebrate sekali la ramai-ramai
masa potong kek tu dia menangis terharu
oh
tersentuh hati patik melihatnya
hoho
lepas makan tengahari bersama pun kitorang balik
alhamdulillah
dah lama aku sebenarnya berhajat nak pergi melawat asrama anak yatim
tapi baru kali ni dapat
ahah
program ni jugak under biosis
macam yang ini jugak
dan program ni yang julung-julung kali diadakan jugak
aku sayang korang
semoga korang sukses dalam hidup
dunia dan akhirat
korang
korang
keyatiman dan kemiskinan bukan alasan
untuk kita tak maju kehadapan
^__^
No comments:
Post a Comment