Blogger Templates

Friday, May 11, 2012

mak

duhai apakah gerangan budi balasan
bagi insan melahirkan
membesarkan

tiada daya jika tiada doa puja restu
syurga itu
ditelapak kaki ibu

sedap ke aku nyanyi?
hoho

esok hari ibu

aku sangat sayang ibu aku
yang aku panggil mak

mak

kau panggil ibu kau apa ea?

sama macam aku jugak ke
ke mama, ummi, ibu, mbok (ibu dalam bahasa jawa) ?

tak kisahlah kau panggil apa
aku panggil ibu aku mak

mak

mak aku
seorang je kat dunia ni
tak ada dua, tak ada tiga lagikan empat
tak ada mana-mana copy kat dunia ni
walaupun aku habiskan hidup aku berjalan ke seluruh dunia
carik lagi seorang yang aku panggil mak

tak ada

mungkin kau akan kata
nanti kalau dapat mak mertua
mak lah jugak tu

tapi kan tapi kan tapi..
ni tentang siapa yang kandungkan kau sembilan bulan
ni tentang siapa yang lahirkan kau ke dunia
ni tentang siapa yang berkorban nyawa

tentang siapa yang susukan kau
tentang siapa yang suap kau makan masa kecik
tentang siapa yang tukarkan lampin kau

siapa yang dukung kau bila kau menangis
siapa yang gila caring pasal hidup kau
siapa yang masakkan makanan untuk kau setiap hari

siapa?
siapa?
siapa?
kalau bukan mak kau

aku tahu
kau sayang sangat kat mak kau kan
kalau boleh kau nak mati bersama

kalau mak kau dah tak ada
pernah tak kau terfikir yang dia sebenarnya tak nak berpisah dengan kau
kalau boleh dia nak sama-sama lagi dengan kau
untuk mengharungi kehidupan kat dunia ni
sebab dia sayang sangat kat kau

sayang sangat yang kau tak tahu

kalau mak kau dah tak ada
pernah tak kau terfikir yang harapan dia untuk tengok kau berjaya tak pernah terpadam sama sekali
dia sentiasa nak yang terbaik untuk kau
nak tengok kau boleh hidup normal macam anak orang lain
nak tengok kau bahagia suatu hari nanti

kalau mak kau masih ada
pernah tak kau terfikir yang setiap saat dalam hati dia yang kecil itu dia sentiasa berdoa untuk dipanjangkan umur
kalau boleh dia nak sentiasa ada kat sisi kau
nak dekat dengan kau supaya dia dapat peluk kau bila-bila masa je kau rasa nak berputus asa dengan kehidupan ni
nak hulurkan tangan untuk menyeka air mata kau bila-bila masa je kau sedih

bila mana manusia lain sekeliling kau gagal untuk memanusiakan kau sebagai manusia
dia sentiasa ada untuk memanusiakan kau

kalau mak kau masih ada
pernah tak kau terfikir yang dia sentiasa berdoa agar anak yang dia didik selagi tapak kaki sebesar dua jari itu berjaya suatu hari nanti
nak tengok kau jauh lebih senang daripada yang dia pernah kecapi
teringin nak tengok kau berjaya

bila mana manusia lain sekeliling kau ada yang hasad untuk melihat kau jatuh
dia sentiasa ada untuk berbangga dengan kau
 kan?

 tadi bila aku call mak aku
mak aku cakap dia dah bukak bungkusan yang aku post
aku tak bagitau dia pun aku ada post something untuk dia sempena hari ibu ni

mak aku menangis
dia kata aku belum kerja tak payah nak bagi-bagi hadiah ni semua
ucap je dah cukup
aku pun terus ucapkan selamat hari ibu kat mak aku
dengan gelak-gelak je

tapi dalam gelak
hati aku sedih ohhh
sebab masa tu suara mak aku serak
dia kata badan dia panas
tambah-tambah lagi masa dia menangis ucap terima kasih kat aku

oh
entri kali ni emo banyak




selamat hari ibu mak
setiap hari mak yang teristimewa
manja sayang mak sesangat
^___^


No comments: