aku baru balik dari pasar malam
dekat dengan universiti aku ni ada pasar malam
setiap hari khamis
lokasi dia dalam 1 kilometer daripada universiti aku
dan dekat-dekat dengan unisza
iaitu jiran universiti aku
hari ni juga hari terakhir lecture
bagi semester kedua ni
maknanya apa tu?
maknanya final exam dah amat tersangatlah dekat
memang tinggal lebih kurang tiga hari je lagi
dan hari rabu semalam
setelah aku mengetest diri bagi test kedua public speaking
dan melaksanakan persuasive speech pada hari selasa kelmarin
maka berakhirlah sudah apa-apa yang berkenaan dengan public speaking
walaupun speech aku ntah macam pape ntah kan
tapi kira syukur dan legalah
sebab lepas ni dah boleh betul-betul fokus pada final exam isnin ni
aku exam kenegaraan malaysia dulu
yang gemar membuat aku rasa mengantuk itu ketika menghadamnya
akan disusuli dengan exam mikrobiologi asas
prinsip ekologi
genetik
dan akhir sekali ialah biologi vertebrata
dan selepas itu
boleh balik!
hooooreeeeyyy!!
^____^
tiket belum beli lagi
aku rasa nak beli dengan sohor (kira kelab anak johor kat universiti aku) lagilah
senang bas dalam
tinggal naik tak payah susah-susah fikir macam mana nak pergi ke mbkt (kira stesen bas kat kuala terengganu)
lagi pun aku selalu balik sorang-sorang
tiada berteman
tsk. tst. tsk
erm
cuma sekarang ni aku belum tahu yang permohonan asrama aku diluluskan ataupun tak
harap keputusan tu keluar dengan segera
sebab aku nak fikir nak buat macam mana dengan barang-barang aku
yang kira agak banyak tu
nak bawak balik semua memang tak boleh
aku berkira-kira nak tumpang barang tu kat bakal rumah sewa aku nanti
tapi tengok dulu la macam mana
kau pun nak final kan
aku ucapkan all the best untuk kau
terima kasih selalu doakan aku kat sini
aku pun akan selalu doakan kau
semoga kau berjaya disana
dan semoga aku juga berjaya disini
semoga kita sama-sama berjaya
good luck!
^____^