sedih
perasaan yang sangat unik bagi aku
Allah bagi manusia bersedih bukan saja-saja
sedih lawan kepada gembira
biar kau tahu kau makhluk homo sapiens yang lemah
bukan dapat bergembira sahaja
tetapi ada benda yang dapat buat kau bersedih
buat kau tak sempurna
bukan aku nak cakap sedih tanda kau lemah semata
tapi sedih tu tanda kau sedang mencuba mencari kekuatan
sebab tu kalau tengah bersedih
silalah menangis
tak perlu kau tahan
menangis sebentar
tapi kau jangan lupa untuk lap balik air mata kau tu
pergi ke cermin
senyum
dan teruskan balik perjuangan kau
kadang kau sedih sebab kau kesal dengan diri kau sendiri
sedih sebab kesal dengan orang-orang sekeliling kau
tapi sedih dan air mata yang jauh lebih bermakna bagi aku
bukanlah kerana makhluk
yang menjadi penyebab
untuk kau titiskan air mata kau tu
tapi sedih dan air mata kau kerana Allah
air mata kerana cinta kepadaNya
air mata kerana takut kepadaNya
air mata penyesalan terhadap dosa-dosa kepadaNya
ya
itu jauh lebih bermakna aku kira
dunia ni bukan dipenuhi dengan gembira semata
bukan semuanya dapat membuat kau rasa bertuah
rasa istimewa dan cukup itu ini
sebab dunia ni bukan diciptakan untuk kau sorang
dan aku rasa kalau diciptakan untuk kau sorang pun
sedih tu lebih baik ada untuk kau tahu apa itu syukur bila gembira dirasa
kadang-kadang kita perlu jatuh tergolek
rasa macam mana sakitnya
tetapi tetap berusaha juga untuk bangun
walaupun penuh air mata
dan berjalan semula
begitulah berulang-ulang
mungkin bukan hanya sekali dua
selama mana hayat masih lagi dikandung badan
mungkin
sampailah Dia kata
masanya kembali
itu hidup
maka semoga kau kuat
jangan mudah putus asa
dan berjaya berjalan semula malah berlari pecut
bila kau perlu berdepan dengannya
owh
semoga aku juga begitu
ingat siapa yang memberi kita rasa sedih tu adalah yang sama memberi kita rasa gembira
maka bersabarlah dengan kesedihan
dan ingat Dia
owh ya
Dialah yang bagi kita dua-dua perasaan tu
maka tetaplah bersyukur kepadaNya
okeyh
tu je yang aku nak dengar
benda lain tak nak
kau
jaga diri
jaga hati
jaga iman
^___^
p/s: aku menulis entri tajuk sedih ni bukan bermakna aku tengah sedih
tapi mungkin kalau aku tengah sedih aku boleh tengok
dan baca balik
untuk tenangkan hati aku
selongkar semangat aku yang tengah sembunyi
atau bangunkan diri aku sendiri kalau aku tengah terduduk tak mampu untuk bangkit
yang pada masanya ntah bila bila nanti
=D