assalamualaikum
terlebih dahulu
aku nak minta maaf atas entri aku sebelum ni yang ntah pape ntah
dan nak mintak maaf jugak sebab dah lama sangat tak update blog ni
tak lain tak bukan tak tak tak
adalah kerana masalah teknikal apa pun aku tak tau
tapi yang pasti aku langsung tak dapat nak masuk dashboard aku sendiri
tsk.tsk.tsk
T__T
malam ni setelah hampir sebulan aku bertapa dan terus mencuba
tetiba boleh
(angin kus kus dia mungkin dah hilang kot lahai lahai)
dong dong dong
kalau rakyat semua nak tahu
beta dah naik kuliah balik dan masih dalam minggu pertama buat masa ini
adalah jajahan pelajaran beta akan diperluaskan dengan sepertiga tahil emas
dan secupak bertih jagung kegemaran beta
(hentikan segera kemengarutan ini)
berbalik pada tujuan asal aku
aku nak kongsi dan cerita sikit pasal cuti akhir semester aku yang dekat sebulan hari tu
pada minggu terakhir cuti aku telah dirisik oleh seseorang
jeng jeng jeng
dan aku telah berjaya dilantik sebagai pembantu peribadi beliau
kalau mat saleh panggil personal assistant gitu
(jadi bangga kejap)
menemani beliau ke sana sini
kejap aku jadi perunding, kejap jadi camaregirl, kejap jadi itu kejap jadi ini
beliau yang dimaksudkan itu adalah sepupu aku sendiri
yang mintak tolong aku bantu research dia pasal kuda kepang
sebagai projek yang markahnya akan dimasukkan dalam penilaian berterusan
maka dia kata dia akan buat sehabis baik
syukur
aku ada kawan yang ayah dia memang arif pasal kuda kepang ni
maka aku dengan segera meminta pertolongan kawan aku tu
bila dia dan ayahnya sudi membantu
aku terus membuat janji temu
(abaikan ayat aku yang betul-betul klasik habis malam ni haha)
seronok jugak research pasal kuda kepang ni
kalau kau nak tahu asalnya kuda kepang ni daripada askar berkuda
yang menang selepas balik berperang
jadi mereka raikan dengan tarian sebagai tanda kegembiraan
ada juga pendapat yang cakap kuda kepang ni berasal daripada wali songo (sembilan wali)
yang terfikir-fikir cara macam mana nak kembangkan agama Islam
mereka tahu masyarakat kat tempat mereka (masyarakat jawa) sukakan hiburan
jadi mereka reka tarian kuda kepang ni
bila ramai yang datang tengok
masa tu jugaklah mereka selang-selikan dengan ajar orang ramai tentang Islam
sejak dulu tarian kuda kepang memang terkenal kat johor
selangor pun aku rasa
sebab masih ramai masyarakat jawa kat dua buah negeri tu kot
kalau kat tempat aku
memang tak susah nak tengok tarian kuda kepang ni
biasanya dibuat kalau ada majlis perkahwinan
tapi kalau setakat menari aku rasa tak jadi masalah
yang aku tak berkenan kalau dicampur aduk dengan unsur-unsur 'mistik'
>.<
kan bagus kalau kekal macam cara yang wali songo buat dulu
kan?
aku kena ambik gambar boss sebagai bukti dia tengah buat research |
boss tengah pegang kuda kepang 100% kulit asli berusia lebih 30 tahun |