Blogger Templates

Monday, December 24, 2012

hadiah



rasminya masuk minggu belajar

aku balik rumah hari khamis malam
setelah habis dua test terakhir dan kuiz pada hari yang sama

dan sekarang di kuala lumpur
lepak rumah abang aku pula

esok naik terengganu balik
kerana final exam terus-terusan menyeru aku gitu
(hee,seram~)

tak boleh lama sangat bercuti
nanti aku tak study
macam hari ni
macam semalam
macam kelmarin
macam kelmarinnya kelmarin
hohohoi

sebenarnya aku rasa kejap sangat semester 3 ni
tup tup dah habis
macam baru semalam masuk
seriously

mungkin sebab aku rasa semester ni buzy kot
lebih buzy berbanding sem sebelum ni
macam ada je assignment
ada je kuiz
ada je test
yang tak habis-habis sampai ke saat akhir

alhamdulillah
semua assignment individual aku sudah siap
yang terakhir tadi aku buat
pasal report trip aku ke kuala lumpur minggu lepas

assignment group punya pun dah siap jugak
mungkin perlu lagi edit sikit-sikit
untuk yang terbaik insyaAllah

eh
kau nampak tak gambar bunga kat atas tu?
cantik kan?

bunga tu abang dengan kakak ipar aku yang belikan tadi
untuk hari lahir aku nanti
dorang kata saja nak belikan hadiah awal-awal

manis je
aku bangun tidur dah ada atas meja
^__^

okey la
masa untuk mula belajar

aku tahu kau pun tengah buzy nak final kan?

masih ada lagi peluang untuk mencuba yang terbaik
masih kuat lagi kan kudrat untuk berusaha bersungguh-sungguh

semoga kita sama-sama berjaya nanti
all the best
may Allah ease
^___^


Tuesday, December 11, 2012

hati

hati ni gerimis

11/12/12

hari lahir bonda tercinta
bonda tersayang
bonda belahan jiwa
bonda penawar hati paling mujarab
bonda pemohon doa buat diri paling setia
bonda sahabat karib paling sabar
bonda kunci syurga
bonda jasa tiada terkira

selamat hari lahir bonda ku

maafkan anak mu ini
belum menjadi sesolehah yang kau dambakan

masih cukup cuai terhadap mu dalam gelaran anak yang ku bawa

yang ku pohon siang malam
aku ingin bersama mu
di dunia ini sebaiknya
dan di akhirat nanti selamanya
disyurgaNya

T__T

Thursday, December 6, 2012

kuda

ada manusia tu
suka kuda
atau
Equus ferus caballus
(nama specific dia)

 manusia tu pun tak tau sejak bila dia minat dengan kuda
sejak bila dia minat tengok gambar kuda
lagi-lagi kuda putih
tambah-tambah pulak bila tengok kuda tu tengah berlari

dulu dia pernah mintak abah dia belikan dia kuda
kata abah dia kuda mahal
masa tu abah dia kata tak payahlah bela kuda
bela ikan je
dan abah dia belikan dia ikan flowerhorn

aish
ntah pape je manusia tu masa kecik dulu
ingat-ingat balik lawak je
boleh mintak kuda?

eh
kejap
korang pernah tau tak yang kat dalam Al-Quran ada cerita tentang kuda?
dalam surah al-'Adiyat

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya"

"Dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan ladam kakinya)"

"Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi"

"Sehingga menerbangkan debu-debu"

"Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh"

"Sungguh manusia itu sangat ingkar (tidak bersyukur) kepada Tuhannya"

"Dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya."

"Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan"

"Maka tidaklah dia mengetahui apabila apa yang ada di dalam kubur dikeluarkan"

"Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan?"

"Sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Maha Teliti terhadap keadaan mereka."

(Al-'Adiyat: 1-11)

subhanallah

perbandingan kuda dengan manusia

kuda makan rumput kering plus air kosong je
dijaga ala kadar dengan tuan dia
tapi sanggup bersungguh-sungguh berperang ikut arahan tuan dia

kita manusia makan minum macam-macam
diberi nikmat itu ini dan dijaga baik oleh Allah
tapi masih tak sanggup bersungguh-sungguh ikut suruhan Dia

tak bersyukur

sebab kuda tu tak berakal ke dia taat tanpa bantah?
sebab kita berakal ke kita rasa bijak lalu membantah?

 sepatutnya yang berakal tu lebih taat
lebih tawaduk
lebih berjaga-jaga
sebab dapat berfikir dan menilai

astragfirullah

semoga ada manusia tu mengambil pengajaran daripada kuda
bukan suka setakat saja-saja
^___^